Sunday, 22 September 2013

ya ALLAH...


Jangan meremeh-remehkan perlakuan dosa….
« Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”….(Surah At-Tahrim : 8 )
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan suatu penangguhan kepada hambanya dari ditulis dosa yang telah dibuatnya oleh Malaikat Kiramul Kaatibiin(2) supaya dia sempat bertaubat kepada tuhanya,maka telah berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam :
إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلم المخطئ، فإن ندم واستغفر الله منها ألقاها، وإلا كتبت واحدة
« Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat kesalahan,jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut maka akan dilemparkan sahaja dosa tersebut,jika dia tidak berbuat demikian,maka akan ditulis sebagai satu dosa » (hadith riwayat Imam At-Thobrani dari Abu Umamah di dalam Al-Kabir)
Janganlah kalian cuba-cuba mempermainkan agama dengan menganggap setiap perbuatan yang berdosa itu sebagai perkara remeh temeh,ataupun cuba mempersoalkan berapakah berat dosa yang kalian telah lakukan ini?? kecilkah ? besarkah ?? sambil melakukan perlakuan dosa tersebut dengan bersahaja tanpa rasa bersalah..
إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه، وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه، فقال به هكذا – أي بيده   -فذهب عنه
« Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (hadith riwayat Imam Bukhari)
Nasihatku kepada setiap insan di luar sana,yang masih lagi terperangkap di dalam jerangkap dosa ciptaanya sendiri agar berusaha memandang berat setiap dosa yang dilakukanya,ingatlah……janganlah dikau melihat akan kecilnya sesuatu dosa itu,tetapi lihatlah kepada siapa dosa yang dikau lakukan itu ??
Syarat-syarat taubat dan pelengkap taubat …
Di antara syarat-syarat taubat yang di perkatakan oleh para ulama’ berdasarkan hadith dan ayat-ayat Al-quran ialah :
(1) Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu
(2) Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu (3)
(3) Berazam tidak akan melakukan kembali dosa-dosa terdahulu
(4) Jika dosa yang melibatkan hak insan lain hendaklah dipulangkan semula hak insan tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.
Dan di antara syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat utama di dalam bertaubat ialah :
(1) Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah taaladan bukanlah demi perkara lain,seperti meninggalkan sesuatu dosa kerana tiada lagi kemampuan untuk melakukan dosa tersebut,atau kerana takutkan cercaan manusia kepadanya atau kerana ingin memuaskan hati manusia lainya.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana takutkan dosa tersebut akan terkesan ke atas jawatan yang dipeganginya atau takutkan bakal dibuang kerja.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana ingin menjaga kesihatan dan kekuatan badanya,seperti seseorang yang meninggalkan perlakuan zina kerana takutkan penyakit yang bakal menimpanya nanti,atau takutkan yang ianya bakal melemahkan badanya atau kejantananya.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan perbuatan mencuri kerana dia tidak mempunyai alatan-alatan memecah rumah,atau kerana tiada kemahiran membuka peti besi atau kerana takutkan pengawal dan polis.
Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan meminum arak dan menghisap benda-benda yang mendatangkan gian kerana ketiadaan duit.
Begitulah juga tidak dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa adalah kerana tidak mampu untuk melakukan perkara dosa tersebut,seperti meninggalkan bercakap bohong kerana mendapat sakit di mulut yang menyebabkanya tidak boleh bercakap,atau penzina yang meninggalkan zina kerana tidak mampu lagi untuk melakukan hubungan seks.
(2) Hendaklah mewujudkan rasa benci terhadap dosa-dosa lalu yang telah dilakukan.
Ini kerana orang yang telah bertaubat dengan taubat yang sahih itu tidaklah boleh dia merasa suka bahkan berbangga pula dengan dosa-dosa yang dilakukanya dahulu ketikamana dia teringat kembali dosa-dosanya atau menceritakanya kepada orang lain (atas niat memberi pengajaran),ataupun ada terselit suatu niat ingin kembali melakukan dosa-dosa terdahulu itu.
Sesungguhnya Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu taala ada menyatakan beberapa keburukkan pada melakukan dosa didalam kitab beliau : Ad-Daa’u wad Dawaa’u dan juga di dalam : Al-Fawaied :
(1) Haram dari mendapat ilmu yang bermanfaat
(2) Kemurungan dan wujudnya keresahan yang meresahkan didalam hati
(3) Disusahkan urusan didalam kehidupan seharian
(4) Diharamkan dari berlaku taat
(5) Diharamkan mendapat keberkatan
(6) Kurangnya berasa kedamaian
(7) Disempitkan dada
( 8 ) Membiakkan perkara-perkara buruk
(9) Dibiasakan berterusan melakukan dosa
(10) Dihinakan oleh Allah
(11) Dihinakan oleh manusia lain
(12) Dilaknati oleh segala binatang ternakkan
(13) Diberikan kehinaan
(14) Ditandakan titik hitam di atas hati (4)
(15) Diletakkan di bawah kelaknatan
(16) Terhalang dimaqbulkan doa
(17) Dihapuskan rasa kegembiraan
( 18 ) Dihilangkan rasa malu
(19) Ditarik nikmat dari Allah
(20) Sentiasa merasa takut di dalam hatinya
(21) Tergolong di dalam tawanan syaithan
(22) Mati di dalam keadaan yang buruk
(23) Mendapat azab seksa Allah di akhirat.
(3) Hendaklah seorang hamba Allah yang melakukan dosa itu bercepat-cepatan melakukan taubat kepada Allah,kerana walaupun dia melambat-lambatkan taubat sekalipun,dia tetap perlu bertaubat juga suatu hari nanti,itu pun jikalau dia masih diberikan peluang hidup oleh Allah.
(4) Hendaklah dia mewujudkan rasa tidak cukup atau merasa adanya kekurangan terhadap taubatnya supaya dia dapat memperbanyakkan taubatnya kepada Allah dan janganlah dia mewujudkan rasa yaqin bahawa taubatnya diterima,kerana nanti akan menyebabkan perasaan merasa selamat daripada kemarahan Allah apabila melakukan dosa.
(5) Hendaklah dia memenuhi kembali hak-hak Allah yang telah dia terlepas melakukanya dahulu semungkin yang boleh,seperti mengeluarkan zakat yang terhalang untuk dikeluarkanya dahulu ataupun hak-hak orang faqir miskin.
(6) Hendaklah dia cuba menjauhkan dirinya daripada tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah kerana dikhuatiri dia akan kembali melakukan dosa itu demi kerana pintunya yang terbuka luas di hadapanya.
(7) Hendaklah dia menjauhkan dirinya daripada insan-insan yang boleh menjuruskanya kembali melakukan maksiat kepada Allah.
(8) Hendaklah dia menghapuskan segala perkara-perkara haram yang masih wujud lagi didalam simpananya seperti benda-benda yang memabukkan,gambar-gambar lucah serta video-video lucah, pakaian-pakaian yang menjolok mata,yang mana semestinya dia menghapuskanya atau membakar kesemuanya,kerana kebanyakkan manusia-manusia yang telah bertaubat tidak dapat beristiqamah di dalam bertaubat kepada Allah adalah kerana masih ada lagi perkara-perkara haram ini di dalam simpananya,semoga Allah memberikan jalan istiqamah kepada setiap insan yang bertaubat…
(9) Hendaklah dia memilih rakan-rakan yang soleh dan baik akhlaqnya yang boleh menolongnya mencari jalan keredhaan Allah sebagai mengganti rakan-rakanya yang lama yang boleh mengajaknya kembali kepada dosa-dosa lamanya.
Begitu juga hendaklah dia cuba menghadiri majlis-majlis zikir kepada Allah ataupun majlis-majlis ilmu yang bermanfaat agar dapat mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah supaya tidaklah dapat syaithan itu mencari peluang membisikkan kepadanya agar teringat kembali dosa-dosa lamanya.
(10) Dan yang paling penting…Hendaklah dia cepat-cepat bertaubat sebelum Al-Ghargharah dan juga sebelum terbitnya matahari dari sebelah Barat.
Apakah Al-Ghargharah itu ?? : iaitu suatu suara yang terkeluar daripada kerongkong di saat roh ditarik keluar daripada jasad yang bermaksud hendaklah dia bertaubat sebelum datangnya qiyamat kecil dan qiyamat besar berdasarkan hadith dari rasulullah sallallahu alaihi wasalam :
من تاب إلى الله قبل أن يغرغر قبل الله منه
« Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya Al-Ghargharah maka akan diterima Allah akan taubatnya » (hadith riwayat Imam Al-Haakim di dalam Al-Mustadraak yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh  Imam As-Suyuthi)
من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه
« Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah Baratnya,maka akan diterima Allah akan taubatnya » (hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)
Cerita taubat yang besar..
Marilah aku bawakan sebuah kisah taubat yang agung daripada seorang sahabat di zaman nabi sallallahu alaihi wassalam :
Dari Buraidah radiallahu anhu,sesungguhnya Maiz Bin Malik Al-Aslamiy telah datang menghadap rasulullah sallallahu alahi wassalam lalu berkata : Wahai rasulullah,sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku telah berzina,dan sesungguhnya aku menginginkan kau supaya membersihkanku,lalu baginda berpaling,maka pada keesokkan harinya Maiz telah mendatangi baginda,lalu berkata : Wahai rasulullah sesungguhnya aku telah berzina,baginda berpaling lagi bagi kali kedua,lalu baginda membawanya ke hadapan kaum-kaumnya lalu berkata : Apakah kalian rasa aqalnya waras ?? mereka berkata : sesungguhnya dia ini cukup aqalnya,iaitu di antara orang yang baik-baik di kalangan kami,dan Maiz telah mendatangi baginda pada kali ketiga pula,lalu dia dibawa kepada kaumnya juga,dan ditanya kepada mereka tentang kewarasan aqalnya,lalu mereka berkata bahawa dirinya dan aqalnya waras,lalu pada kali keempat kedatanganya pula,telah disediakan untuknya suatu lubang,lalu dia pun direjam…tiba-tiba datanglah seorang perempuan dari qabilah Al-Ghamidiah lalu berkata : Wahai rasulullah sesungguhnya aku telah berzina maka sucikanlah diriku,dan baginda telah berpaling,pada keesokkan harinya dia berkata lagi : Wahai rasulullah mengapakah kau berpaling dariku ?? kemungkinan kau telah menolakku sepertimana kau telah menolak pengakuan Maiz,demi Allah sesungguhnya aku ini hamil,maka baginda berkata : Tidak,pergilah engkau sehinggalah engkau telah bersalin…Apabila dia telah bersalin dia telah datang bersama seorang anak kecil di dalam bungkusan kain lalu berkata : Inilah anakku,sesungguhnya aku telah melahirkanya,lalu baginda berkata : pergilah engkau dan susuilah anak ini sehinggalah anak ini bercerai susu,apabila anak tersebut sudah bercerai susu,dia telah datang pula bersama anak kecilnya yang memegang serpihan roti di tanganya,lalu dia berkata : wahai rasulullah,sesungguhnya anak ini telah bercerai susu,dan sudah boleh makan makanan biasa,lalu anak kecil itu pun diserahkan kepada salah seorang lelaki dari kalangan muslim,lalu diarahkan supaya digali suatu lubang dan diletakkanya sehingga ke paras dada perempuan itu,lalu diarahkan manusia lainya supaya merejam perempuan itu,lalu Khalid Bin Al-Walid pun mengambil seketul batu lalu dilemparkan ke kepala perempuan itu sehingga terperciklah darah ke muka Khalid sambil mengeji perempuan itu,apabila baginda mendengar Khalid mengeji perempuan itu,baginda berkata : Nantilah dulu wahai Khalid !! Demi sesungguhnya yang jiwaku di tangan Dia,sesungguhnya dia telah bertaubat dengan sebenar-benarnya,jika bertaubatnya orang yang zalim maka diampunkan dosanya,kemudian perempuan itu pun disembahyangkan dan dikafankan..
Taubat itu bakal menghapuskan dosa-dosa sebelumnya..
Ketahuilah wahai saudara dan saudariku sekelian yang menginginkan pengampunan Allah terhadap dosa-dosanya yang terdahulu,bahawa Allah yang Maha Pengampun dan Maha  Penyayang itu akan menghapuskan segala jenis dosa-dosa kalian yang terdahulu andai kalian kembali dan bertaubat kepadaNya,dan diikuti pula taubat kalian itu dengan perasaan penuh penyesalan dengan perbuatan-perbuatan kalian itu…
Diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullahu taala tentang kisah keislaman A’mru Bin Al-A’s radiallahu anhu :
“Ketikamana Allah telah mencampakkan islam di dalam hatiku aku telah pergi menghadap nabi sallallahu alaihi wassalam lalu aku telah berkata kepada beliau :
Tadahkanlah tangan kananmu kerana aku ingin mem’baia’h’ kepadamu (berjanji taat setia kepada baginda) lalu baginda nabi pun menadah tangan kanan beliau lalu aku pun menggenggam tanganku,lalu baginda pun berkata : Kenapakah dengan kamu wahai A’mru?? Lalu aku pun berkata kepada beliau : Aku ingin membuat syarat,baginda pun bertanya kembali : Kamu mahu mensyaratkan apa? Aku pun berkata : Aku mahu diampunkan,baginda pun berkata : Apakah kamu tidak tahu wahai A’mru bahawa sesungguhnya islam itu bakal menghapuskan segala perkara yang terdahulu??sesungguhnya Hijrah itu bakal menghapuskan segala perkara sebelumnya dan Haji itu pula bakal menghapuskan segala perkara sebelumnya??”(hadith riwayat Imam Muslim)
Diriwayatkan juga dari Imam Muslim rahimahullahu taala,daripada Ibnu Abbas radiallahu anhuma berkata : Sesungguhnya ada golongan manusia dari golongan Musyrik yang mana mereka membunuh dan banyak membunuh,yang juga mereka berzina dan banyak berzina,kemudianya mereka mendatangi Muhammad sallallahu alaihi wassalam lalu mereka pun berkata : Sesungguhnya apa yang kamu katakan dan apa yang kamu bawakan sesungguhnya ia baik,jikalau kamu memberitahu kami terhadap apa yang telah kami lakukan itu akan dihapuskan dosa-dosanya (maka sudah lama kami menyambut ajakkanmu itu) lalu Allah pun menurunkan ayat :
“Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina,dan barangsiapa yang melakukan demikian itu,nescaya dia mendapat hukuman yang berat” (Al-Furqan : 68 ) (hadith riwayat Imam Muslim)
Tetapi…
“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikkan maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebaikkan,Allah Maha Pengampun Maha Penyayang….Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikkan maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat” (Al-Furqan : 70-71)
Apakah daku akan diampunkan?? Dosaku terlalu banyak!!
Ada insan yang berkata : Aku ingin bertaubat tetapi aku merasakan bahawa dosaku terlalu banyak ,aku telah membuat berbagai jenis maksiat dan berbagai perkara keburukkan dan aku tidak tahu apa mungkinkah aku ini dapat diampuni oleh Allah terhadap perkara-perkara mungkar yang telah aku lakukan terdahulu??
Jawabku : Wahai saudaraku yang mulia…ini bukanlah suatu masalah yang hanya terjadi padamu bahkan ianya merupakan masalah yang sememangnya sering dihadapi oleh kebanyakkan insan-insan yang ingin bertaubat,sebagai contohnya aku pernah di adukan pengakuan tentang seorang pemuda yang telah memulai kerja jahatnya ketika di usianya yang sangat muda iaitu lebih kurang berumur 15-17 tahun,dan dia mengaku bahawa dia telah melakukan berbagai jenis dosa yang kecil dan yang besar dan juga telah melakukan perbuatan yang keji dengan ramai perempuan yang berlainan bangsa dan warna kulitnya samada perempuan yang sudah berkahwin,anak dara atau dewasa sehinggakan kepada kanak-kanak perempuan yang kecil!! Dia juga mengaku telah melakukan beberapa siri pencurian,dia pernah berkata kepadaku : Sesungguhnya aku telah bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla,aku telah mulai bersolat taubat dan bertahajjud di kala manusia lainya sedang lena diulit mimpi,aku juga mulai berpuasa sunat di hari Isnin dan Khamis,aku juga telah membaca Al-Quran selepas Solat Subuh,apakah taubatku akan diterima??
Marilah aku bawakan kepadamu tentang sebuah kisah yang terdapat di dalam sebuah hadith nabi yang mulia iaitu kisah taubat insan yang telah membunuh seratus manusia :
“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa,maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh,lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)
Ya,siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat?? Apakah kalian nampak wahai insan-insan yang ingin bertaubat kepada Allah Taala,sesungguhnya dosa kamu adalah lebih besar daripada dosa lelaki ini yang telah bertaubat kepada Allah ini,mengapakah kalian berputus harap?? Lihatlah kalam Allah yang maha Mulia ini :
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina,dan barangsiapa yang melakukan demikian itu,nescaya dia mendapat hukuman yang berat…(yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Qiamat dan dia akan kekal dalam azab itu,dalam keadaan terhina….kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikkan maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebaikkan,Allah Maha Pengampun Maha Penyayang….Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikkan maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat” (Al-Furqan : 68-71)

Friday, 20 September 2013

alhamdulillah atas segala macam nikmat Allah bagi padaku...tak terhitung rasanya..cuma aku je yg sentiasa tak syukur pada nikmat Allah yg banyak ni...ruginya seorg aku sbb tak tergolong di kalangan yg sedikit..huhu

apepun iman dan islam adalah nikmat yg paling besar dirasa...Ya ALLAH..janganlah engkau palingkan kedua-dua nikmat ini dariku..






Lemahnya aku seorang manusia..kurniakan kepadaku kekuatan semangat untuk terus menumpang hidup di bumiMU ini ya ALLAH...

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54

kita merancang...Allah jua merancang..tapi kita perlu ingat..perlu sedar..perlu yakin..setakat mana sangatlah kemampuan kita sebagai hambanya y sangat2 lemah ni nak mengatasi perancangan ALLAH yang maha kuat..maha agung..maha besar..maha luas ilmunya.Yakinlah..ALLAH maha tahu apa yang paling terbaik untuk kita..

.Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH…jangan berhenti berdoa..

benar.....

15 Zulkaedah 1434~hijriy
21 September 2013~milady

Sesungguhnya Allah tidak akan ubah sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang ingin mengubahnya..